Apa itu psikometrik?
Perkataan ‘psikometrik’ terbentuk daripada perkataan Yunani untuk mental dan pengukuran.
Ujian Psikometrik merupakan satu prosedur yang sistematik untuk memerhati tingkah laku manusia dan menerangkannya dengan bantuan skala numerical atau sistem kategori (Cronbach, 1979)
Atau pengukuran sampel tingkah laku yang objektif dan standard (Anastasi, 1988)
Ia juga dikenali sebagai ujian kebolehan yang berupaya mengukur objektif kemampuan mental atau keperibadian anda secara objektif, biasanya untuk tujuan pemilihan pekerjaan.
psikometrik.com?
psikometrik.com adalah satu platfom ujian berkaitan teori dan teknik pengukuran psikologi, pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian bagi membantu majikan dalam proses pemilihan pekerja yang bersesuaian dengan objektif syarikat.
TRADISIONAL
- Serah resume dan isi borang permohonan dengan mempromosi pencapaian dan kebolehan mereka.
- Walhal terdapat industri perniagaan dalam talian yang menawarkan bantuan dalam menulis resume.
- Proses temu duga mempunyai kekurangan kerana calon hanya perlu bersiap sedia untuk siri soalan yang pendek dan mudah diramalkan.
- Berat sebelah penemuduga boleh bertindak terhadap kepentingan organisasi perekrut dengan mengecualikan calon yang paling berkebolehan dengan pelbagai alasan.
- Rujukan dari majikan sebelumnya tidak boleh dipercayai kerana tidak memperoleh apa-apa maklumat yang sahih.
PSIKOMETRIK
- Membuat tapisan calon yang tidak sesuai bermula pada peringkat awal lagi.
- Mempermudahkan saringan calon yang bakal ditemu duga.
- Menentukan kemampuan, keperibadian, motivasi, nilai dan reaksi seseorang terhadap persekitarannya secara objektif.
- Mengenal pasti kekuatan atau kelemahan pada pasukan yang ada dan membantu membuat keputusan pengambilan strategik.
- Menyediakan pengurusan dengan panduan mengenai kemajuan kerjaya bagi pekerja sedia ada.